1.Mendirikan
solat/sembahyang.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang
yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain
khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat
dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat
itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.
3. Bersyukur dan redha.
Manusia
ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau
musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi
apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita
bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran,
apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu
kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu bersedekah.
Murah
hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila
semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama.
Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt
akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri.
Untuk
menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup
aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg
boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah.
Wanita
solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya.
Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha
Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan
kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.
7.Menjaga amanah.
Sebagai
wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah
menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga.
Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah
dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita
solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan
memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan
Quran itu sebagai sahabatnya.
9.
Menjaga Pandangan Mata
Tidak ada komentar:
Posting Komentar